Followers

Search This Blog

Sunday, 12 May 2019

Pengalaman Belajar Di SM Sains Rembau/Experience Studying in SM Sains Rembau

      Dah 5 bulan tinggalkan sekolah,jadi rasannya dah layak kut nak bagi komen sikit pasal sekolah lama cumi iaitu Sekolah Menengah Sains Rembau(SEMESRA) 😁.Sebabkan kalau kenal dengan manusia lagi seronok kalau dapat tengok muka kan jadi meh kita usha sikit bangunan SEMESRA ni.


Feel free to watch! Do drop your like and subscribe the channel too!

    Jadi,sejak tingkatan 1 cumi ngan kawan-kawan dah diasingkan mengikut dua sistem iaitu sistem rumah dan sistem kelas.Okay,nak cerita pasal sistem kelas dulu.Jumlah kelas ada 6.Kelas-kelas ni semua dinamakan mengikut nama tokoh tau.Contohnya Alrazi,Bandura,Chopin,Davinci,Einstein dan Frost.
     Kelas untuk menengah rendah akan dibahagikan mengikut subjek tambahan yang kitaorang sendiri pilih.Ada dua kategori; Bahasa Antarabangsa dan Seni/Muzik.Antara Bahasa Antarabangsa yang diajar kat sekolah ni ialah Jerman,Jepun,Bahasa Arab dan Perancis.Jadi ikut adik-adik la nak pilih yang mana.Nasihat kak cumi pilihla ikut minat ataupun perancangan masa depan.Contohnya,lepas SPM nak further study kat Germany,so pilihla Bahasa Jerman 😉.Dan untuk muzik tu pulak,kak cumi nak bagitau awal-awal la yang kalau adik-adik pilih muzik,nanti korang akan fokus kepada teori tau bukan instrumen.Tapi ada je belajar instrumen sikit-sikit.
   
       Bila masuk Menengah Atas,kelas korang akan rombak ikut keputusan akademik waktu Tingkatan 3.Selalunya ikut markah trial la.Dan untuk makluman jugak,SEMESRA tercinta hanya ada satu aliran sahaja tau untuk Menengah Atas,iaitu sains tulen.Jadi,siapa yang ada niat nak ambik account ke nanti kena pindah la.
   
        Ok selain tu life korang kat asrama memang akan based on rumah sukan.Kat SEMESRA ada 4 rumah sukan iaitu Johan Pahlawan (hijau) , Lela Maharaja (kuning) , Kelana Petra (biru) dan Akhirul Zaman (merah) . Aras asrama korang memang akan ikut rumah sukan ni.Maksudnya satu aras tu semua sama rumah sukan. Dekat sbp memang pegang teguh dik sistem merit ni.Satu rumah sukan ni macam family!
Logo Lela Maharaja

    Oh!Terlupa pulakk ada lagi satu sistem yang paling best kat SEMESRA iaitu sistem batch.Setiap Batch ada nama masing-masing.Tapi yang uniknya kat SEMESRA ni nama batch ni cycle-cycle so macam ada adik-abang la.Kat SEMESRA ni ada 4 batch; valedictorian,prodigy,extrovert dan zealous.Saya? Batch ZEALOUS!! 🙌🙌 Sistem Batch ni to be honest la kan adalah sistem yang paling kuat.Sistem rumah ni kuat jugak cuma bermusim la.Contoh musim sukan,open day kuatla semangat rumah.Time ni,Satu batch pun boleh gaduh.Tapi kalau takde pape memang semua akan berkelompok ikut batch.Batch ni la yang akan support kita,susah senang ngan kita dan macam-macam lagilah.Nanti akan ada ketua batch dan penolong ketua batch yang dilantik antara korang sendiri.Cuba kita tinjau sikit life as a batch in SEMESRA kat video bawah ni  


                

     Kalau adik-adik nak tahu,SEMESRA ni adalah antara sbp yang agak baru ditubuhkan.Jadi,fasiliti dia memang mantap lah.Antara benda yang cumi nak highlight ialah dobi.Setiap aras ada 5-6 washing machine yang free aje! Tak perlu guna coin macam kat certain sekolah asrama. Satu aras biasanya ada dalam 100 pelajar,jadi memang cukup sangat lah kuantiti mesin basuh tu.Ha apa lagi pesan kat ibu ayah takyah risau korang tu kena sental baju sendiri sebab mesin basuh banyak sangat dah.Then,setiap aras ada Dryer yang berbayar.So,kalau korang ni malas atau tak reti sidai baju,boleh lepak,just bawa duit lebih aja.Then,setiap aras ada 4-5 iron.So lagi sekali takde isu berebut lah.Toilet dengan shower pulak? Toksah cerita berlambak.Dalam aspura dan aspuri ada bilik tv masing-masing.Warden akan buka setiap hujung minggu.Jadi,janganlah risau duduk asrama kononnya terpenjara dari dunia luar *eyes rolled* 😝

     Next thing yang korang kena tau ialah SEMESRA amat popular dengan bilik belajar yang ada interior yang amat hipster! Tak percaya? Saba jap.

ImageImage

      Bukan bilik belajar je hipster tauu.Bilik guru pun dah macam display room kat ikea 😂😂

ImageImage

     Tu pun belum tengok kelas lagi! Sangat lah selesa adik-adik.. Rasa macam nak belajar je 24 jam! Aih,senang cerita kan semua ruang dekat SEMESRA ni deco dia mantap macam hire interior designer padahal semata-mata idea cikgu dengan pelajar je. Nampak tak yang korang boleh latih diri jadi kreatif kalau masuk SEMESRA ni.

    Walaupun sekolah ni terletak di kawasan kampung,tapi serious senang je nak dapat internet access sebab pihak sekolah ada sediakan dalam 4 buah komputer yang kita boleh guna bila-bila masa je.Dengan lab computer je dah ada 3.Lepastu pss pun ada sediakan service macam kat cyber cafe dan kedai photostat.Dan dekat makmal kimia,biologi dan fizik ada disediakan chromebook.So kesimpulan dia berlambak-lambak komputer kat sekolah ni.So,no worries ye pakar IT dan pakar teknologi sekalian.

Ini lah Chromebook

  Cikgu-cikgu pulak selalu ajar guna slide,projector dan visualiser.Jadi,waktu study memang tak bosan ah.Lepastu,sebabkan ni bulan ramadan teringat satu benda lah.Kat sekolah kalau bulan puasa ni memang akan buka bazar sendiri.Jadi,takdela adik-adik craving time pose ni.

 Ha camne? Menarik kan SEMESRA ni?? Apa lagi,jangan ragu-ragu dah masuk je sekolah ni,jadi sebahagian warga SEMESRA,terus majukan sekolah supaya lagi banyak benda best yang boleh adik-adik kita nikmati nanti kayy.Jujur ah cumi cakap,tak menyesal langsung masuk sekolah ni.Anyway kalau nak lagi banyak info bolehla follow Twitter SEMESRA @sainsrembau dan Instagram SEMESRA @semesraofficial.

Newbie

Heyya! Cencumi here :D I really created my own blog today..Uwuuu what an achievement! Okay so first of all,I would like to highlight the reason imma do blogging.So that my very first entry can always be a guideline for me in the future.

Actually,post-SPM I have been really bored.Although I have a very interesting hobby,I started to feel kinda sick of it hehe.So,I think,it is time for me to do something beneficial that can contribute to my self-development and others knowledge.Well that is because Im gonna write some of my posts in English.So I can improvise my proficiency.And as an 18 years old girl,there are some significant experiences that I want to share with the world.

I choose to name my blog as 'THE SEPET-EYE VIEW' because it kinda feel like an identity to me.Actually I ain't pure Malay.My grandmother was a chinese woman and she was adopted by a Malay family ever since she was a child.That's why I sometimes and from a certain angle look like a chinese girl.Strangely,among my siblings I am the only one who inherited the slanted eyes.


That's all as an introduction.Please look forward to my blog!! Annyeong 💖